Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Melancarkan Aplikasi Sosial Khusus Untuk Orang Yang Berpasangan Sahaja

Facebook Melancarkan Aplikasi Sosial Khusus Untuk Orang Yang Berpasangan Sahaja

Diterbitkan April 9, 2020 · Dikemas kini April 9, 2020 oleh ariff bukhari

Aplikasi tersebut dikenali sebagai ‘Tuned’.

Firma gergasi pembangun platfom sosial, Facebook dilaporkan telah melancarkan sebuah aplikasi baru yang dikenali sebagai ‘Tuned‘.

Apa yang menjadikan Tuned istimewa adalah aplikasi tersebut dibangunkan secara khsusus untuk mereka yang mempunyai pasangan sahaja.

Menurut Facebook, platfom baru itu adalah ruang privasi untuk pasangan melakukan aktiviti secara bersama seperti berkongsi akaun Spotify, berkongsi foto, nota, memo suara dan banyak lagi hanya dengan pasangan anda sahaja.

Aplikasi tersebut dibangunkan oleh pasukan New Product Experimentation (NPE) dari Facebook.

Walaubagaimanapun, aplikasi Tuned pada masa ini hanya ditawarkan untuk pengguna di Amerika Syarikat dan Canada sahaja.

Tidak pula diketahui sama ada aplikasi itu akan ditawarkan kepada pengguna di negara-negara lain memandangkan Facebook melancarkan aplikasi tersebut secara diam-diam.

Mungkin Tuned hanya sekadar sebuah aplikasi ekperimen baru yang sedang dijalankan oleh Facebook.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY