Facebook Mahu Buka Hab Inovasi Di China

Umum mengetahui bahawa Facebook merupakan salah satu daripada laman sesawang yang terhalang daripada diakses di negara China. Namun, perkara tersebut tidak menghalang Facebook untuk membuka sebuah hab inovasinya di negara tembok besar berkenaan.

Hab itu mahu dibangunkan bagi membantu dan memberi sokongan kepada syarikat pembangun, inovator dan mereka yang mahu memulakan perniagaan di China. Untuk pengetahuan, Facebook mempunyai hab inovasi di negara Brazil, India, Korea Selatan dan Perancis setakat hari ini.



Beberapa aplikasi di bawah jenama Facebook seperti Snapchat dan Instagram turut dihalang. Maka, Facebook mengambil keputusan ini sebagai langkah permulaan untuk memberi ruang kepada penerimaan terhadap mereka oleh kerajaan China.

Pada tahun lepas, mereka telah memperkenalkan aplikasi perkongsian video dan gambar seperti Instagram, yang dinamakan sebagai Colorful Balloons, tanpa melibatkan nama Facebook padanya. Kepadatan penduduk di China jelas menjadi tarikan kepada sesebuah perusahan dan Facebook tidak terkecuali daripadanya.

Sekiranya Facebook berjaya menembusi pasaran China, ia pastinya akan menggembirakan kedua-dua pihak iaitu rakyat China serta Facebook. Semoga dengan pembukaan hab inovasi ini nanti akan dapat membuka pintu kepada Facebook untuk kembali selepas diharamkan pada tahun 2009.

Sumber