Setelah berbulan lamanya berusah untuk mendapatkan kebenaran (menjana keuntungan), Tencent akhirnya akur dengan menarik balik penawaran PUBG Mobile dari dimainkan di China.
Menggantikan permainan itu adalah Game for Peace, sebuah permainan yang bertemakan anti-pengganas.
Dikatakan, naik taraf diberikan pada skin, kesan grafik serta latarbelakang. Walaupun dikatakan sebagai sebuah aplikasi permainan yang berlainan, ia dilihat mirip seperti PUBG Mobile dan perbezaannya hanyalah ia mendapat kebenaran dari kerajaan China.
Kelebihan Game of Peace bersifat ‘lembut’ tanpa ada sebarang keganasan. Ditambahkan lagi semangat patriotik yang diselitkan menerusi permainan ini dengan adegan penghormatan kepada tentera udara China.
Akibat perubahan ini, ramai orang telah berpendapat seakan-akan tiada perubahan terhadap Game of Peace, ia masih lagi sama seperti bermain permainan PUBG.
Perubahan ini hanya semata-mata bagi melepasi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan China yang secara khursusnya, mereka tidak mahu permainan ‘ganas’ memasuki negara mereka.
Salah satu perkara utama yang diubah didalam permainan tersebut adalah membuang kesan-kesan yang menyerupai darah serta kesan semasa ditembak, iaitu pemain yang ditembak akan melambaikan tangan menunjukkan ‘bye-bye’ kemudian hilang meninggalkan kotak.