Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Kenal Pasti Pepijat, Dikhuatiri Menjejaskan 6.8 Juta Pengguna

Facebook Kenal Pasti Pepijat, Dikhuatiri Menjejaskan 6.8 Juta Pengguna

Diterbitkan Disember 15, 2018 oleh Helmi Samsuri

Tahun 2018 boleh dianggap tahun yang mencabar bagi Facebook dimana beberapa isu besar telah melanda platform media sosial ini seperti skandal Cambridge Analytica dan bocoran data melibatkan 30 juta akaun.

Kini satu lagi perkhabaran kurang enak mula dibualkan selepas Facebook mengeluarkan kenyataan mereka telah menemui pepijat yang berupaya mengakses foto 6.8 juta pengguna.

Ia merupakan pepijat pada API foto, menjejaskan pengguna yang menggunakan log masuk Facebook bagi memberi kebenaran kepada aplikasi pihak ketiga mengakses foto mereka.

Menurut Facebook, melalui pepijat ini, pembangun aplikasi pihak ketiga mempunyai akses yang lebih besar terhadap foto pengguna, seperti foto Facebook Stories, Marketplace dan juga foto yang telah dimuat naik ke Facebook tetapi yang tidak dikongsikan.

Masalah pepijat ini dilaporkan telah berjalan selama 12 hari, diantara 13 September hingga 25 September 2018.

Pihak Facebook menjelaskan mereka akan memberi notifikasi kepada pengguna yang terjejas dan akan bekerjasama dengan pihak pembangun aplikasi dalam memadam foto pengguna yang terlibat.

Untuk menyemak sama ada akaun anda terjejas ataupun tidak boleh tekan pautan ini – Help Center

Facebook Kenal Pasti Pepijat, Dikhuatiri Menjejaskan 6.8 Juta Pengguna

Sumber: Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
©2026 WISER.MY