Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta didenda

Facebook, Instagram, Threads Alami Masalah Akses Seluruh Dunia

Diterbitkan Mac 5, 2024 · Dikemas kini Mac 6, 2024 oleh Amalina Athman

Kemas kini 7.26 pagi, 6 Mac 2024: Isu teknikal berjaya diselesaikan sekitar 1.19 pagi. Sejumlah perkhidmatan Meta kini kembali pulih sepenuhnya.

Earlier today, a technical issue caused people to have difficulty accessing some of our services. We resolved the issue as quickly as possible for everyone who was impacted, and we apologize for any inconvenience. https://t.co/ybyyAZNAMn

— Andy Stone (@andymstone) March 5, 2024


Kemas kini 12.20 tengah malam, 6 Mac 2024: Pengarah Komunikasi Meta, Andy Stone sahkan masalah akses perkhidmatannya dan kini dalam proses baik pulih. 


Platform media sosial milik Meta kini sedang mengalami masalah akses seluruh dunia. Ia melibatkan aplikasi dan laman web Facebook, Instagram serta platform berkaitan yang lain seperti Messenger dan Threads.

Menerusi Downdetector, ia memperlihatkan lebih 215,000 laporan telah dibuat sejak 11.20 malam. Kebanyakan laporan yang dibuat adalah berkaitan aplikasi, halaman utama dan log masuk.

Facebook down

Sementara Instagram menerima lebih 31,000 laporan sejak 11.05 malam – juga melibatkan aplikasi, halaman utama dan log masuk. Kedua-dua platform media sosial berkenaan juga tular di X (dahulunya Twitter).

Di sisi yang lain, WhatsApp yang juga merupakan aplikasi milik Meta masih berfungsi seperti biasa.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Cara Melihat Sejarah Pautan Yang telah Anda Lawati Pada Facebook
  • Facebook Kini Dah Berusia 20 Tahun

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY