Facebook Hadkan Mesej 'Forward' Tular Di Messenger Kepada Lima Pengguna Sahaja

Sebelum ini, Facebook telah mengetatkan jumlah mesej yang boleh dimajukan (forward) kepada orang lain di WhatsApp. Menerusinya, hanya seorang pengguna yang boleh menerima mesej tresebut. Kini, ciri tersebut dibawa kepada aplikasi Messenger.



Facebook melabelkan ciri ini sebagai 'Forwarding Limit' dimana mesej hanya boleh dimajukan kepada 5 orang atau kumpulan dalam satu masa. Menurut Facebook, ia merupakan langkah yang efektif untuk melambatkan proses penyebaran berita tular tidak benar atau kandungan yang memudaratkan.



Selain itu, fungsi baharu ini adalah satu lapisan perlindungan dimana ia dapat membantu pengguna kekal selamat semasa melayari internet.

Dalam pada itu, Facebook ingin menjadikan aplikasi Messenger sebagai platform yang selamat dan boleh dipercayai untuk berhubung dengan rakan dan keluarga.

Sumber: Facebook