Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
log masuk Facebook

Pengguna Aktif Bulanan Facebook Meningkat 2.6 Bilion Ketika Pandemik Covid-19

Diterbitkan April 30, 2020 oleh Amalina Athman

Berikutan penularan pandemik Covid-19, ramai orang kekal berada di rumah dan mula menghabiskan banyak masa dengan melayari sosial media melebihi dari kebiasaan. Antara sosial media yang sering digunakan sepanjang tempoh ini termasuk Facebook.

Berdasarkan laporan kewangan suku pertama Facebook, syarikat itu mencatatkan purata pengguna aktif harian 1.73 bilion pada Mac 2020 dengan peningkatan 11% berbanding tahun lalu. Sehingga 31 Mac 2020, pengguna aktif bulanan Facebook adalah 2.6 bilion.

pengguna aktif facebook meningkat

Bagi keluarga aplikasi yang termasuk Facebook, Instagram, Messenger dan WhatsApp, pengguna aktif harian adalah 2.36 bilion manakala pengguna aktif bulanan adalah 2.99 bilion.

Dalam pada itu, Facebook memperingatkan peningkatan itu mungkin hanya sementara dan telah mengalami penurunan yang signifikan dalam permintaan untuk pengiklanan sejak tiga minggu terakhir suku pertama 2020.

Pada masa ini, syarikat itu telah mencatatkan pendapatan $17.7 bilion dan keuntungan $4.9 bilion, masing-masing dengan 18% dan 102% lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY