Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
facebook glitch_2

Facebook Alami Masalah Teknikal, Bilangan ‘Followers’ Berkurang

Diterbitkan Oktober 12, 2022 · Dikemas kini Oktober 12, 2022 oleh Amalina Athman

Sejak pagi tadi, rata-rata pengguna Facebook melaporkan terdapat ‘glitch’ atau kesilapan teknikal pada platform media sosial itu, yang menjejaskan bilangan followers atau pengikut.

Rata-rata akaun Facebook kini mempunyai bilangan pengikut yang dikurangkan dengan paparan sekitar 9,000 pada halaman profil. Tidak hanya pengguna biasa, akaun CEO Facebook Mark Zuckerberg turut terkesan dengan kesilapan paparan bilangan pengikut sebanyak 9,955 berbanding jumlah asal iaitu lebih 119 juta pengikut.

facebook glitch_3

Bagaimanapun, tinjauan mendapati kesilapan bilangan pengikut itu hanya menjejaskan pada bahagian profil, manakala bilangan sebenar boleh diketahui apabila menekan pada pautan pengikut.

facebook glitch

Selain kesilapan teknikal yang melibatkan pengurangan bilangan pengikut, beberapa akaun Facebook juga didapati tidak dapat diakses dengan paparan halaman tidak tersedia.

Buat masa ini, belum ada kenyataan rasmi daripada Facebook mengenai masalah yang berlaku.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY