Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Dan Luxottica Dilaporkan Bekerjasama Membangunkan Cermin Mata Pintar

Facebook Dan Luxottica Dilaporkan Bekerjasama Membangunkan Cermin Mata Pintar

Diterbitkan September 22, 2019 ยท Dikemas kini September 22, 2019 oleh ariff bukhari

Luxottica adalah syarikat yang menghasilkan cermin mata bagi Ray-Ban dan Oakley.

Facebook dilaporkan sedang bekerjasama dengan syarikat yang menghasilkan cermin mata bagi Ray-Ban dan Oakley, Luxottica bagi membangunkan cermin mata pintar yang menyokong teknologi augmented reality (AR).

Ia pertama kali dilaporkan oleh pihak CNBC yang mendapat maklumat awal dari sumber yang mengetahui tentang pembangunan cermin mata itu.

Menurut laporan itu, sermin mata pintar yang sedang dibangunkan oleh Facebook Dan Luxottica menggunakan kod nama ‘Orion’. Ia dibangunkan dengan tujuan bagi menggantikan telefon pintar pada masa akan datang.

Antara ciri yang akan dimiliki oleh c4rmin mata pintar tersebut adalah seperti menjawab panggilan, paparan pelbagai info serta menyokong perkongsian strim langsung bersama platfom media sosial.

Cermin pintar ini dijangka akan hadir dalam tempoh beberapa tahun akan datang iaitu antara tahun 2023 dan 2025.

Seperti sedia maklum, Facebook adalah pemilik kepada firma pembangun teknologi realiti maya (VR), Oculus. Jadi kerjasama dengan pihak Luxottica ini pula mungkin sebagai usaha Facebook bagi mengukuhkan lagi teknologi pembangunan peranti realiti maya mereka pada masa akan datang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY