Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Bangunkan Ciri FaceID Untuk Aplikasi Messenger

Facebook Bangunkan Ciri FaceID Untuk Aplikasi Messenger

Diterbitkan Januari 25, 2020 oleh Helmi Samsuri

Terdahulu, aplikasi pemesejan milik Facebook, WhatsApp sedia dilengkapkan dengan ciri sekuriti imbasan cap jari. Kini satu lagi platform pemesejan milik mereka akan diberikan ciri sekuriti biometrik berasaskan wajah pula.

Aplikasi yang dimaksudkan adalah Messenger dimana ciri tersebut sedang dibangunkan. Dikesan oleh pembangun Jane Manchun Wong, FaceID untuk aplikasi Messenger ini akan aktif mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sama ada sejurus selepas meninggalkan aplikasi atau tempoh 1 minit, 5 minit, atau 1 jam selepas tidak menggunakan Messenger.

Facebook Messenger is working on “Face ID” app lock

It can be enabled right after the user leave Messenger or after a duration

It seems Face ID will NOT be sent to, or stored by Facebook’s servers, according to the description shown in the screenshot pic.twitter.com/pqBQAjOrnd

— Jane Manchun Wong (@wongmjane) January 23, 2020


Berdasarkan penerangan dibawah bahagian tetapan ciri, pengguna masih boleh membalas mesej dan menjawab panggilan walaupun aplikasi masih dikunci. Selain itu, Facebook turut menyatakan data FaceID tidak akan dihantar keluar atau disimpan didalam pelayan mereka. Ini bermakna ia hanya disimpan pada telefon pintar itu sendiri.

Pengunaan nama “FaceID” mungkin mengelirukan dimana ia sama seperti ciri pada iPhone. Sewaktu mengesan ciri tersebut, Jane menyatakan beliau menggunakan peranti Android. Facebook mungkin bakal menggunakan nama lain apabila penawaran kepada umum dibuat kelak.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY