Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk “Rehatkan” Hantaran Yang Dimuat Naik Oleh Individu Tertentu

Ubah Segera Tetapan Ini, Elakkan Facebook Tahu Aktiviti Perbankan Dan Laman Sesawang Anda Layari

Diterbitkan Disember 22, 2022 · Dikemas kini Disember 22, 2022 oleh ariff bukhari

Secara tidak sedar, anda mungkin telah mendedahkan aktiviti perbankan anda kepada platform media sosial Facebook.

Ini kerana Facebook dimuatkan dengan ciri yang mampu menjejaki sebarang aktiviti yang dilakukan seperti melayari laman sesawang, aplikasi yang digunakan dan banyak lagi.

Ciri tersebut dikenali sebagai off-Facebook activity (aktiviti luar Facebook).

Anda boleh menyemak aktiviti Facebook anda menerusi Privacy Shortcuts > View or clear your off-Facebook activity.

off facebook activity 2
off facebook activity 3
off facebook activity 1

aktiviti luar Facebook

Facebook menjelaskan, off-Facebook activity adalah ciri ringkasan aktiviti yang dikongsi oleh perniagaan dan organisasi dengan pihak Facebook tentang interaksi penggunanya seperti melawati aplikasi atau laman web mereka.

Interaksi itu dijejaki menerusi seperti Log Masuk Facebook atau Piksel Facebook dan maklumat aktiviti interaksi itu akan akan dikongsi bersama Facebook.

Jenis interaksi yang Facebook terima pula yang dilakukan pada aplikasi atau laman sesawang termasuklah:

  • Membuka aplikasi.
  • Log masuk ke aplikasi dengan Facebook.
  • Melihat kandungan.
  • Mencari item.
  • Menambahkan item pada troli belah-belah.
  • Membuat pembelian.
  • Membuat pendermaan.
off facebook activity 4
Antara aktiviti yang dijejaki oleh Facebook.
off facebook activity 5

Walaupun Facebook menegaskan bahawa mereka tidak akan menjual maklumat anda kepada sesiapa sahaja, tetapi masih wujud kebimbangan tentang privasi.

Untuk itu, anda boleh menetapkan bagi menyahsambung off-Facebook activity anda. Berikut adalah cara untuk menyahsambung off-Facebook activity anda daripada akaun:

  • Klik gambar profil anda di bahagian atas sebelah kanan Facebook.
  • Pilih Tetapan & privasi, kemudian klik Tetapan.

off facebook activity 6

  • Di bahagian Profil, tatal ke bawah, lihat Security dan klik pada off-Facebook activity.

off facebook activity 7

  • Dalam off-Facebook activity, lihat pada Activity controls dan klik pada Clear History.

 

off facebook activity 8
off facebook activity 9

Atau anda juga boleh menetapkan untuk menyahsambung daripada aktiviti akan datang dengan klik pada Disconnect future activity.

off facebook activity 10
off facebook activity 11

Facebook menyatakan, apabila anda mematikan ciri Future off-Facebook activity, maka anda tidak lagi boleh Log Masuk ke dalam aplikasi atau laman sesawang dengan menggunakan akaun Facebook anda.

Walaubagaimanapun, tetapan itu boleh ditukar semula sepertimana yang dipaparkan pada rajah di bawah bagi membolehkan anda log masuk semula ke dalam aplikasi atau laman sesawang dengan menggunakan akaun Facebook anda.

Screenshot 2022-12-22 at 2.06.19 PM
Screenshot 2022-12-22 at 2.11.17 PM

Semoga bermanfaat.

[suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Shopee Naikkan Caj Komisen Kepada Penjual Mulai 10 Januari 2023
  • Netflix Akan 'Banteras' Perkongsian Kata Laluan Bermula Awal 2023
  • Maxis Perluas Perkhidmatan 'Roaming' 5G Ke 29 Negara

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY