Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Exynos 2200 Akhirnya Diumum, Grafik Setaraf Konsol Kini Di Telefon

Posted on Januari 18, 2022Januari 18, 2022

Setelah sekian lama diperbualkan, pelancaran ditangguh dan akhirnya kini Samsung dengan mengejutnya mengumumkan cip pemprosesan terbaru mereka, iaitu Exynos 2200.

Bukan sesuatu yang rahsia, Samsung dan AMD berkolaborasi dalam membangunkan cip ini di mana Exynos 2200 merupakan cip untuk telefon pertama dilengkapi GPU yang berasaskan seni bina RDNA 2.

Samsung menggelarkan GPU pada Exynos 2200 ini ialah Xclipse 920. Ia menawarkan teknologi ray-tracing termasuk variable rate shading. Kedua-dua ciri tersebut sebelum ini hanya ditawarkan buat PC, komputer riba atau konsol sahaja.

CPU Exynos 2200 mirip Snapdragon 8 Gen 1. Maknanya, ia menggunakan pemproses 4nm. Turut menampilkan 1x teras Cortex-X2, 3x teras Cortex-A710 dan 4x teras Cortex-A510. Bagaimanapun, kelajuan cip (clock speed) bagi setiap teras tidak didedahkan Samsung.

Selain itu, cip ini juga didatangkan AI dengan dwi NPU dan DSP, menyokong paparan resolusi 4K pada kadar 120Hz atau QHD+ pada 144Hz, sokongan kamera 200MP, rakaman video 8K@30fps, memori LPDDR5 RAM dan storan UFS 3.1.

Samsung memang benar-benar memfokuskan gaming untuk telefon pintar sehingga mereka mendakwa bahawa grafik setaraf konsol kini di telefon.

Samsung menyatakan Exynos 2200 sudah pun dalam pengeluaran. Dijangka, siri Galaxy S22 yang mungkin dilancarkan pada 8 Februari nanti bakal menggunakannya.

Sumber: Samsung

Baca juga:

  • Samsung Tamatkan Tizen Store, Tiada Lagi Akses Untuk Pengguna
  • Omnivision Tak Mahu Kalah Dengan Samsung, Dia Pun Ada Sensor 200MP
  • BlackBerry 5G Dengan “Keyboard” Fizikal Dilapor Akan Dilancar Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress