Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Omnivision Tak Mahu Kalah Dengan Samsung, Dia Pun Ada Sensor 200MP

Posted on Januari 7, 2022

Ingatkah lagi dengan berita Samsung cipta sensor 200MP pertama di dunia?

Selain Sony, Samsung juga merupakan nama besar lain dalam penghasilan sensor kamera telefon.

Jika sesebuah jenama mahu mencari sensor alternatif selain Sony dan Samsung, Omnivision adalah antara jenama yang turut ada reputasi tinggi juga.

Terkini, Omnivision telah berjaya menghasilkan sensor 200MP pertama mereka untuk kegunaan telefon premium.

Sensor bersaiz 1/1.28″ itu sebenarnya lebih kecil dari sensor 200MP Samsung, justeru saiz kawasan pixel juga lebih kecil pada 0.61 micron berbanding 0.64 micron untuk Samsung.

Sensor yang dinamakan OVBOB itu turut mempunyai teknologi pixel-binning 4×4 untuk prestasi low light lebih baik.

Menariknya, OVBOB ini juga dikatakan adalah sensor 200MP pertama yang mempunyai teknologi autofokus quad phase (QPD).

Menurut Omnivision, sensor ini mungkin akan dimuatkan pada telefon pintar seawal tahun ini juga.

Sumber: Omnivision

Baca juga:

  • Rasmi, Ini Sensor Kamera 200MP Telefon Pintar Pertama Di Dunia
  • Apple Sedang Uji iPhone Boleh Lipat, Mungkin Dilancar Tahun Depan Dengan Ramalan Harga ~RM6300
  • Cara Tukar Kad ATM Maybank Guna Maybank2U

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress