Bermula 31 Disember 2021, Samsung telah menamatkan Tizen Store daripada telefon keluaran mereka. Hal ini menyebabkan pengguna tidak lagi boleh mengakses Tizen Store untuk memuat turun atau mengemas kini aplikasi mereka. Pengguna juga akan dipaparkan dengan kod ralat jika pengguna cuba membuka aplikasi tersebut.
Pada bulan Jun yang lalu, Samsung telah menamatkan servis ini pada pengguna baharu. Oleh itu, hanya pengguna sedia ada sahaja yang boleh menggunakan perkhidmatan ini.
Seperti Play Store, Tizen Store ini adalah platform dimana pengguna telefon Tizen memuat turun dan mengemas kini aplikasi mereka. Telefon yang menggunakan Tizen ini adalah Samsung Z1, Z2, Z3 dan Z4. Selain telefon, Tizen ini juga digunakan pada jam pintar Samsung iaitu Galaxy Watch 3 dan keluaran sebelumnya. Disebabkan itu, bermula Galaxy Watch 4, Samsung menggunakan Wear OS.
Aplikasi yang paling popular untuk Tizen ini adalah ACL yang mana aplikasi ini penting untuk memuat turun aplikasi Android. Namun pada tahun 2018, aplikasi ACL ini ditamatkan daripada Tizen membuatkan aplikasi lain seperti Facebook, WhatsApp dan banyak lagi turut ditamatkan di Tizen Store.
Kini sudah tiba masanya untuk pengguna Tizen untuk beralih kepada telefon yang menggunakan sistem operasi lain seperti Android atau iOS.
Sumber: TizenHelp
Baca juga:
- Omnivision Tak Mahu Kalah Dengan Samsung, Dia Pun Ada Sensor 200MP
- Ini Ekosistem Google Akan Datang, Mirip Apple
- Apple Sedang Uji iPhone Boleh Lipat, Mungkin Dilancar Tahun Depan Dengan Ramalan Harga ~RM6300