Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton Akan Perkenal EV Pertama Tak Lama Lagi

Proton Akan Perkenal EV Pertama Tak Lama Lagi

Diterbitkan Februari 21, 2024 · Dikemas kini Februari 21, 2024 oleh Amalina Athman

CEO Proton, Dr. Li Chunrong mendedahkan bahawa syarikat itu bakal memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) sendiri dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Perodua Akan Keluarkan EV Mampu Milik Menjelang Hujung 2025
  • Proton Dedah Bakal Lancar Model NEV Baharu Tahun Ini

Memetik Paultan.org, Proton tidak hanya akan memperkenalkan sebuah EV, sebaliknya terdapat dua model EV. Difahamkan, EV kedua dijangka tiba dalam tempoh antara enam ke lapan bulan selepas EV pertama dilancarkan kelak.

Perkara ini selari dengan apa yang diperkatakan oleh Pengerusi Proton Datuk Seri Syed Faisal Albar semasa pelancaran S70 tahun lalu, mencadangkan pengeluar kereta itu berada di landasan yang tepat untuk memenuhi jangkaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Untuk rekod, MITI sebelum ini berkata kerajaan optimis Proton dan Perodua boleh mengeluarkan kenderaan elektrik nasional (EV) pertama menjelang 2025.

Berbalik kepada konteks, setakat ini Proton tidak mendedahkan sebarang perincian lanjut mengenai kedua-dua EV tersebut. Tidak diketahui sama ada ia merupakan versi model sedia ada, rekaan semula bagi model yang sudah dihasilkan oleh Geely atau sebagainya.

Di sisi yang lain, Proton turut mendedahkan bakal melancarkan model NEV baharu pada tahun ini.

Sumber: Paultan.org

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY