Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
microsoft X activision blizzard

EU Beri ‘Lampu Hijau’ Kepada Microsoft Untuk Ambil Alih Activision Blizzard

Diterbitkan Mei 17, 2023 · Dikemas kini Mei 17, 2023 oleh Amalina Athman

Kesatuan Eropah (EU) kini dilaporkan telah memberi ‘lampu hijau’ kepada Microsoft dalam rundingan bernilai $68.7 bilion (~RM308.9 bilion) untuk mengambil alih Activision Blizzard.

Berkaitan

  • Microsoft Dilaporkan Sedang Cari Pembina Cip, Mungkin Mahu Cabar Cip M Apple
  • Microsoft Bing AI - Boleh Jana Imej Berdasarkan Teks

Pihak EU memberikan kelulusan itu dengan syarat di mana Microsoft dikehendaki memberikan lesen 10 tahun kepada perkhidmatan pesaing.

Ini termasuk lesen percuma kepada pengguna di negara EU, yang membolehkan mereka melakukan penstriman melalui sebarang perkhidmatan penstriman cloud game pilihan mereka di semua PC dan permainan konsol Activision Blizzard. Pembekal awan juga akan ditawarkan lesen percuma untuk menstrim permainan ini di pasaran EU.

Lesen ini adalah automatik dan bermakna pengguna akan mempunyai hak untuk menstrim permainan Activision Blizzard yang mereka beli atau langgan pada “mana-mana perkhidmatan penstriman permainan awan pilihan mereka dan memainkannya pada mana-mana peranti menggunakan mana-mana sistem pengendalian”.

The European Commission has required Microsoft to license popular Activision Blizzard games automatically to competing cloud gaming services. This will apply globally and will empower millions of consumers worldwide to play these games on any device they choose.

— Brad Smith (@BradSmi) May 15, 2023

Bagaimanapun, rundingan ini masih mempunyai beberapa halangan untuk diselesaikan. Keputusan EU untuk meluluskan rundingan ini dibuat kurang daripada sebulan selepas Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran UK (CMA) menyekat rancangan Microsoft.

Selain itu, Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) telah menyaman untuk menyekat rundingan Microsoft dan Activision Blizzard akhir tahun lalu, yang mana kes itu masih sedang berjalan.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
  • NVIDIA Dan Cisco Perkenal Format Sambungan Optik Baharu Berkelajuan Sehingga 12.8Tb/s
©2026 WISER.MY