Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bateri iphone

Eropah Dilaporkan Merancang Menguatkuasakan Telefon Pintar Dengan Bateri Yang Lebih Mudah Ditukar

Diterbitkan Februari 28, 2020 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada dokumen bocor yang dicadangkan oleh Kesatuan Eropah.

Dokumen Kesatuan Eropah yang dibocorkan baru-baru ini mencadangkan semua pengeluar telefon pintar supaya menghasilkan peranti dengan bateri yang lebih mudah ditukar pengguna.

Ini bermakna, Apple, Samsung, Huawei dan pengeluar-pengeluar telefon pintar lain terpaksa menghasilkan model telefon pintar dengan bateri terbina dalam yang boleh ditanggalkan.

Dokumen yang dibocorkan itu didakwa sepatutnya hanya akan dibentangkan dalam bulan Mac nanti.

Ketika ini, pengguna telefon pintar seperti iPhone hanya disyorkan supaya menukar bateri peranti mereka itu di pusat servis sah Apple sahaja.

Polisi yang akan diperkenalkan oleh Kesatuan Eropah ini hanya melibatkan negara-negara di dalam kesatuan itu sahaja. Tidak pula melibatkan negara-negara lain.

Jadi, pastinya adalah sukar bagi pengeluar telefon pintar mahu memenuhi kehendak bagi satu pihak sahaja.

Perancangan baru polisi yang akan dibentangkan oleh Kesatuan Eropah ini susulan daripada laporan sebelum ini yang  menggesa supaya dikuatkuasakan undang-undang yang mewajibkan semua pengeluar peranti  pintar menggunakan sambungan yang sama pada semua peranti.

Sumber: XDA Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY