EPL Bakal Membawakan Servis Penstriman Seperti Netflix

Menurut satu kaji selidik yang dijalankan oleh BBC, 65% penonton menstrim perlawanan EPL secara haram. Tahun lepas menyaksikan catatan jumlah penonton paling rendah dalam masa 7 tahun. Hal ini membuatkan EPL dan penyiar perlawanan geleng kepala.

Penurunan ketara catatan penonton ini dilihat disebabkan harga tiket yang semakin mahal, pakej TV meningkat dan kehadiran servis penstriman percuma seperti Kodi dan laman web strim yang lain.

Menurut laporan dari Digiday, EPL bakal membawakan servis penstriman "Netflix Style" mereka sendiri. Namun langkah ini juga dilihat bakal membawakan impak negatif kepada siaran TV.

Pada tahun 2015, syarikat penyiaran seperti BT dan Sky membayar sejumlah £5.136bn untuk mendapatkan hak penyiaran perlawanan EPL.

Sumber