Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2018-11-20 at 4.18.47 PM

EMUI 9 Sekat Aplikasi Pelancar Pihak Ketiga Pada Peranti Huawei Dan Honor.

Diterbitkan November 20, 2018 ยท Dikemas kini November 21, 2018 oleh Helmi Samsuri

Antara perkara menarik dengan penggunaan Android adalah pengguna diberikan pilihan untuk mengubah pelancar antaramuka pada peranti.

Dari situ, pengguna tidak terikat dengan ikon-ikon yang sedia terpasang dalam antaramuka telefon pintar. Namun, kebebesan itu nampaknya tidak akan dinikmati pengguna EMUI 9 dimana ia dikatakan akan menyekat aplikasi pelancar pihak ketiga.

Ini dengan kata lain, aplikasi seperi Nova Launcher, Rootless Pixel Launcher dan beberapa yang lain tidak dapat dijalankan.

EMUI 9 Sekat Aplikasi Pelancar Pihak Ketiga Pada Peranti Huawei Dan Honor.

Difahamkan, buat masa sekarang ia hanya melibatkan EMUI 9 versi China seperti siri Mate 20, Honor Magic 2 dan mana-mana peranti yang menjalankan EMUI 9 Beta.

Langkah penyekatan ini diambil kerana Huawei mengesan beberpa pengedar tidak sah di China memasang aplikasi pelancar EMUI palsu yang mengandungi iklan dan malware pada peranti.

Rata-rata pengguna meluahkan rasa tidak puas hati dan menggesa Huawei untuk mengembalikan ciri memilih aplikasi pelancar.

Tidak dapat dipastikan sama ada sekatan ini akan dikembangkan kepada versi global atau tidak.

Sumber: XDA Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY