Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EMUI 11 Mungkin Versi Terakhir EMUI Sebelum Beralih Ke Harmony OS

EMUI 11 Mungkin Versi Terakhir EMUI Sebelum Beralih Ke Harmony OS

Diterbitkan Oktober 28, 2020 oleh Amalina Athman

Huawei EMUI 11 merupakan sistem operasi yang berasaskan Android 10 dan bukannya Android 11. Ia bukanlah perkara yang mengejutkan dengan situasi semasa pengeluar.

Terbaru, Mydrivers mendedahkan Harmony OS menggunakan teknologi asas yang sama seperti EMUI 11. Bagi anda yang belum tahu, Harmony OS merupakan sistem operasi yang dibangunkan Huawei dan telah diperkenalkan pada Ogos lalu.

Huawei Secara Rasmi Umum Sistem Operasi Harmony OS

Dengan adanya Harmony OS, spekulasi menyatakan tiada keperluan untuk mengekalkan EMUI dan menjadikan EMUI 11 sebagai versi terakhir yang berasaskan Android.

Mengikut jadual, Harmony OS 2.0 versi beta akan dilancarkan pada TV, jam dan kereta. Sementara itu, ia akan ditawarkan untuk telefon pintar pada Disember nanti. Huawei merancang untuk melancarkan telefon yang sepenuhnya dikuasakan Harmony OS dalam separuh kedua tahun hadapan.

Huawei turut menyatakan peranti yang menjalankan EMUI 11 akan menjadi yang pertama akan dinaiktaraf kepada Harmony OS.

Sumber: MyDrivers via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY