Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
emui 11

EMUI 11 Diumumkan Dengan Pelbagai Ciri Baharu

Diterbitkan September 10, 2020 ยท Dikemas kini September 10, 2020 oleh Amalina Athman

Huawei hari ini telah memperkenalkan HarmonyOS 2.0 pada acara tahunan Huawei Developer Conference (HDC) 2020. Selain itu, Huawei turut mengumumkan versi terbaru sistem operasi yang berasaskan Android, EMUI 11. Menerusi versi terbaru ini, ia membawa beberapa peningkatan dan pembaharuan dari segi ciri, visual dan sebagainya.

EMUI 11 Diumumkan Dengan Pelbagai Ciri Baharu

Antaranya adalah ciri Always-on Display (AOD) baharu, yang membolehkan pengguna mengakses ke sejumlah pilihan penyesuaian.

EMUI 11

Dengan kemas kini EMUI terbaru ini, pengguna boleh menyesuaikan pilihan bagi ciri AOD seperti tema , elemen animasi, live video, GIF dan sebagainya.

EMUI 11

Selain peningkatan pada AOD, EMUI 11 turut membawa pembaharuan pada rekaan dalam aplikasi Gallery peranti Huawei. Ia membolehkan pengguna dengan mudah beralih antara paparan Month dan Day pada tab Photo.

EMUI 11

EMUI 11 juga hadir dengan sokongan beberapa ciri baharu seperti Live Icons, penambahan ikon animasi pada antaramuka. Ikon animasi ini boleh dijumpai melalui panel notifikasi, atau aplikasi seperti Huawei Notepad dan Huawei Music.

Antara ciri lain termasuk Smart Multi-window, yang membolehkan pengguna mengubah saiz tetingkap yang terapung dan minimize apabila tidak digunakan.

Dalam pada itu, Huawei turut membawakan pembaharuan dari segi AI dan privasi. Antaranya termasuk Multi-screen Collaboration 3.0, penambahbaikan pada aplikasi MeeTime dan sebagainya. Terdapat juga ikon indikator pada status bar yang akan memberikan peringatan kepada pengguna apabila aplikasi menggunakan kamera peranti, mikrofon atau lokasi.

Sumber: Huawei via XDA-Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY