Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Antara Yang Menarik Tentang EMUI 10 Kali Ini

Antara Yang Menarik Tentang EMUI 10 Kali Ini

Diterbitkan September 20, 2019 ยท Dikemas kini September 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Melalui pelancaran siri Huawei Mate 30 yang berlangsung tadi menandakan kedatangan sistem antaramuka terbaru EMUI 10.

Ciri-ciri baru pada EMUI 10

Inspirasi daripada susun atur majalah – Huawei menjanjikan sistem yang akan mengoperasikan barisan peranti mereka kali ini dapat memberikan kelancaran serta menambahbaik pengalaman pengguna.

Susun atur sistem operasi EMUI 10 dikatakan mengambil inspirasi majalah kontemporari.

Untuk menggambarkannya, paparan kandungan seperti tajuk lebih besar teratur dan lebih banyak ruang kosong umpama seperti majalah yang minimalis.

Mod gelap – Ciri yang paling dinantikan ramai, mod gelap kini dibawa dengan lebih meluas pada sistem dan aplikasi pra-pasang Huawei. Paparan lebih mesra mata pada pandangan mata selain mampu memberikan lebih penjimatan pada kuasa bateri.

Sentuhan pada sisi paparan – pada siri Mate yang terbaru ini, ia tidak mempunyai sebarang butang fizikal pada sisi dan ciri sentuhan pada sisi paparan akan memudahkan penggunaan tangan kiri mahupun kanan.

AI yang lebih baik – tidak hanya memfokuskan aspek paparan sahaja, AI turut dipertingkatkan dimana Huawei mahu menjadikan telefon pintar mereka umpama hub yang boleh berhubungan tanpa batasan dengan peranti-peranti lain dimasa akan datang.

Ia dimulakan dengan sambungan telefon pintar Huawei kepada komputer riba Matebook yang membolehkan paparan telefon akan terpampang pada skrin komputer riba.

Seterusnya proses seperti salin dan tampal dapat dilakukan dengan lebih mudah. Asas kepada EMUI 10 ini juga memberi gambaran pembangun dapat menyediakan aplikasi-aplikasi untuk EMUI yang boleh dioptimumkan pada sebarang saiz paparan seperti TV atau jam tangan pintar.

Pada siri Mate 30 pula, terdapat ciri kawasalan isyarat AI seperti AI Auto Rotate dan AI Private View.

Contoh AI Private View, kandungan notifikasi mesej yang masuk akan disembunyikan apabila muka dipalingkan daripada paparan.

Senarai model Huawei dan HONOR yang akan menerima EMUI 10:

  • Huawei P30 Pro
  • Huawei P30
  • Huawei Mate 20
  • Huawei Mate 20 Pro
  • Huawei Mate 20 RS
  • Huawei P30 lite
  • Huawei P smart 2019
  • Huawei P smart+ 2019
  • Huawei P smart Z
  • Huawei Mate 20 X
  • Huawei Mate 20 X 5G
  • Huawei P20 Pro
  • Huawei P20
  • Huawei Mate 10 Pro
  • Porsche Design Huawei Mate 10
  • Huawei Mate 10
  • Huawei Mate 20 Lite
  • Honor 8X
  • Honor 10
  • Honor 20
  • Honor 20i/20 Lite
  • Honor 20 Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY