Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elonjet elon musk

Elon Musk Tidak Akan Sekat Akaun Yang ‘Stalk’ Jet Beliau, Ini Respons Pemiliknya Jack Sweeney

Diterbitkan November 7, 2022 · Dikemas kini November 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Tauke baharu Twitter, Elon Musk berkata beliau tidak akan menggunakan kuasanya untuk menurunkan atau menyekat akaun Twitter yang menjejak jet peribadinya walaupun ia bahaya untuk keselamatannya.

Ini adalah kerana pegangannya terhadap hak kebebasan suara, kata Musk.

Beberapa bulan lalu, kami pernah berkongsi berita berkenaan seorang anak muda bernama Jack Sweeney yang mencipta beberapa akaun yang berkongsi lokasi jet peribadi tokoh dunia termasuklah Elon Musk, Mark Cuba, Vladimir Putin.

My commitment to free speech extends even to not banning the account following my plane, even though that is a direct personal safety risk

— gorklon rust (@elonmusk) November 7, 2022

Jack kemudian membalas twit tersebut dengan berkata dia sendiri tidak menyokong tindakan mana-mana individu yang menggunakan akaun @ElonJet untuk mencari Musk secara peribadi.

Selain itu, dia juga terbuka untuk menutup @ElonJet jika mereka mencapai kata sepakat. Dia juga memberitahu dia hanya tidak gembira dengan tawaran Musk sebelum ini.

https://twitter.com/JxckSweeney/status/1589422901157326850?s=20&t=GeqK-vmDfx_MRiUfdL8GUQ

Kisah Jack-Musk menjadi perhatian dunia kerana Elon Musk bertindak untuk menghantarnya mesej peribadi melaui DM dan menawarkan ~RM20K agar Jack berhenti kongsikan lokasi jetnya di akaun @ElonsJet.

Ia tidak berakhir dengan baik. Anda boleh baca berita penuh di SINI.

Berkaitan

  • Elon Musk Tawar RM20K Pada Remaja Untuk Henti 'Stalk' Beliau
  • Tolak Tawaran RM20 Ribu, Elon Musk Sekat Remaja Yang 'Stalk' Jet Beliau
  • Dulu 'Stalk' Elon Musk, Kini Dia 'Stalk' Jutawan Rusia Pula Termasuk Pemilik Chelsea
  • Elon Musk Tawar ~RM182 Bilion Untuk Beli Twitter 100%, Nasib Jack Sweeney Jadi Tanda Tanya
  • Jack Sweeney Yang Jejak Jet Elon Musk Setuju Henti 'Stalk' Mark Cuban, Ini Tawarannya
  • Senarai Prabayar Dengan Internet "Unlimited" Bawah RM50 Setakat Oktober 2022
  • Dikatakan Tersilap Buang Pekerja, Twitter Panggil Semula Mereka Yang Dipecat

Nasib Jack Sweeney menjadi tanda tanya sejak khabar angin Musk mahu membeli Twitter beberapa bulan lalu.

Dengan pengumuman ini, apakah benar Elon akan berpegang pada kata-katanya atau Jack akan dikenakan tindakan lain pada masa akan datang?

Sumber: Elon Musk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY