Jack Sweeney ialah seorang berumur 19 tahun. Ia mula diberi perhatian media Barat selepas dia meonolak tawaran sekitar RM20K daripada Elon Musk untuk berhenti berkongsi lokasi jet beliau di Twitter (@ElonsJet).
Baca di sini untuk ketahui sebab Jack menolaknya serta permintaan yang dikemukakan pada Musk.
Banyak lagi tokoh dan jutawan dijejaki Jack, antara Putin, Tom Cruise, Taylor Swift, Mark Cuban dan Abramovich bekas pemilik Chelsea.
Terbaru, Jack dan jutawan Mark Cuban mencapai kata sepakat untuk Jack berhenti berkongsi lokasi jet di akaun @MCubansJet. Akaun tersebut sudah wujud sekitar 4 bulan lamanya.
Apa yang buatkan Sweeney boleh bersetuju dengan Mark Cuban?
MarkĀ menawarkan Sweeney sokongan perniagaan seandainya Jack suatu hari nanti berkecimpung dalam bidang tersebut.
“Dengan menamatkannya, saya kini kawan kamu,” pujuk Mark.
Akaun dengan pengikut sekitar 3,000 tersebut tidak dipadam sebaliknya hanya berhenti berhenti berkongsi lokasi jet. Namun, perkongsian lokasi jet Mark masih diteruskan melalui saluran Discord.
Mark memberikan alamat e-melnya supaya hubungan mereka dapat diteruskan dan jika Jack perlukan nasihat perniagaan pada masa depan.
Namun Jack tidak berpuas hati dan kemudian meminta untuk bertemu empat mata dengan Mark dalam perlawanan Dallas Mavericks musim depan (pasukan yang dibeli Mark pada ).
Mark setuju walaupun tiada waktu terperinci ditetapkan.
Bercakap pada Insider, jutawan tersebut berkata dia akan berpegang pada janjinya dan tidak akan mengambil tindakan lanjut jika Jack berhenti ‘stalk’ pesawat beliau.
Tahun lalu, Meta membelanjakan hampir RM118 juta ($27 juta) untuk mempertingkat keselamatanĀ privasi pesawat Mark Zuckerberg.
Jack berkata “Banyak perkara yang Mark cakap untuk minta saya turunkan akaun itu tapi dia tidak bersungguh-sungguh.”
Apakah Jack rasa bersalah atas tindakannya berkongsi lokasi jet tokoh-tokoh ini?
Dia memberitahu Insider bahawa dia tidak berasa ia meupakan isu keselamatan besar memandangkan data-data tersebut sememangnya tersedia untuk umum melalui ADS-B Exchange. Apa yang dia lakukan hanya menggunakan bot untuk berkongsinya di Twitter.
“Saya boleh tutup akaun-akaun tersebut tetapi tidak untuk percuma,” beritahu Sweeney pada Insider.
Sumber: Insider
Baca juga:
- Elon Musk Tawar ~RM182 Bilion Untuk Beli Twitter 100%, Nasib Jack Sweeney Jadi Tanda Tanya
- Elon Musk Tawar RM20K Pada Remaja Untuk Henti ‘Stalk’ Beliau
- Tolak Tawaran RM20 Ribu, Elon Musk Sekat Remaja Yang ‘Stalk’ Jet Beliau
- Dulu ‘Stalk’ Elon Musk, Kini Dia ‘Stalk’ Jutawan Rusia Pula Termasuk Pemilik Chelsea