Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Elon Musk Tawar ~RM182 Bilion Untuk Beli Twitter 100%, Nasib Jack Sweeney Jadi Tanda Tanya

Posted on April 15, 2022April 15, 2022

Selepas menolak jemputan untuk menyertai lembaga eksekutif Twitter, kini Elon Musk menawarkan untuk membeli keseluruhan saham Twitter pada $43 bilion (~RM182 bilion).

Musk percaya dialah yang mampu meledakkan potensi Twitter dengan menjadikan platform itu lebih terbuka dengan konsep kebebasan suara yang cuba diimplimentasikannya.

Ada netizen yang berjenaka dengan mengatakan Musk mahu menjadi tuan baru Twitter kerana mahu ‘membalas dendam’ terhadap pemuda bernama Jack Sweeney.

Jack mempunyai beberapa akaun Twitter yang berkongsi lokasi jet tokoh-tokoh dunia termasuklah Elon Musk dan Putin. Musk telah menyekat Jack selepas tawarannya ditolak.

Saham Twitter telah meningkat hampir 40% selepas Musk membeli 9% saham syarikat media sosial tersebut. Dalam masa sama, saham Tesla pula menurun 3% kerana khuatir dengan situasi Musk-Twitter.

I made an offer https://t.co/VvreuPMeLu

— Elon Musk (@elonmusk) April 14, 2022

Jutawan dari Afrika Selatan ini mengatakan dia akan membayar $53.20 (~RM224) setiap syer dengan bayaran tunai.

Lembaga Twitter berkata mereka sedang mempertimbangkan tawaran ini namun sememangnya tidak gembira dan mungkin akan menentangnya, lapor The Information.

Taking Twitter private at $54.20 should be up to shareholders, not the board

— Elon Musk (@elonmusk) April 14, 2022

Dalam pada itu, Musk dalam persidangan TED mengakui beliau tidak pasti jika dia akan berjaya menjadi pemilik tunggal Twitter namun sudah bersedia dengan pelan B jika lembaga Twitter menolak tawarannya.

Neil Campling, ketua penyelidikan TMT di Mirabaud Equity Research mengagak Musk mungkin perlu menjual saham Tesla-nya dalam usaha membeli keseluruhan saham Twitter.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:

  • Elon Musk Tawar RM20K Pada Remaja Untuk Henti ‘Stalk’ Beliau
  • Elon Musk Disaman Pelabur Twitter Kerana Lambat Umumkan Pemilikan
  • Saham Twitter Naik Selepas Elon Musk Diumumkan Pemegang Saham Terbesar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress