Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
elon musk twitter

Elon Musk Disaman Pelabur Twitter Kerana Lambat Umumkan Pemilikan

Diterbitkan April 14, 2022 · Dikemas kini April 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Baru-baru ini, Elon Musk telah disahkan sebagai pemegang taruh terbesar saham Twitter dengan pegangan saham 9%.

Namun, beliau menolak pelawaan untuk menyertai ahli lembaga pengarah Twitter. Hal ini kerana jika dia menyertainya, ada beberapa batasan dikenakan ke atasnya.

Terbaru, salah seorang pemegang saham, Marc Bain Rasella telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap Elon Musk kerana mendakwa Musk lewat melaporkan pembelian sahamnya kepada Securities and Exchange Commission (SEC).

Mengikut undang-undang, Musk sepatutnya melakukannya dalam masa 10 hari apabila saham dibelinya melebihi 5%.

Kelewatan laporan ini menyebabkan Musk dapat membeli saham pada harga lebih rendah, dakwa Rasella. Dengan itu juga, Musk dikatakan berjaya jimat sehingga $143 juta (~RM600 juta).

Hal ini kerana apabila umum mengetahui Musk sudah membeli saham Twitter, harga saham Twitter pastinya akan naik. Jadi, Musk sudah dapat jimat banyak apabila berita berkenaannya tidak tersebar luas.

Selain itu, Barella juga mahu mewakili pelabur lain yang dikatakan boleh menjana 27% keuntungan jika Musk menguar-uarkan pembeliannya.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:

  • Saham Twitter Naik Selepas Elon Musk Diumumkan Pemegang Saham Terbesar
  • Twitter Sedang Uji Ciri ‘Edit Tweet’ Tapi Bukan Sebab Elon Musk
  • Elon Musk Tawar RM20K Pada Remaja Untuk Henti ‘Stalk’ Beliau

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY