Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Durioo Hasilkan Build-It Blocks, Kartun Nostalgia Dengan Suntikan Nilai Islam

Posted on Ogos 3, 2026

Durioo memperkenalkan Build-It Blocks, siri animasi tempatan baharu yang diinspirasikan daripada kartun nostalgia seperti Bob the Builder, Higglytown Heroes dan Dora the Explorer, tetapi disuntik dengan nilai Islam menerusi penceritaan berasaskan hadis.

Siri tersebut diumumkan pada acara tayangan eksklusif di Durioo Experience Centre, Cyberjaya, menjelang tayangan rasminya di platform penstriman Durioo+ bermula 8 Ogos ini.

Menurut Durioo, Build-It Blocks merupakan siri animasi pertama seumpamanya di Malaysia yang menjadikan hadis sahih sebagai asas setiap episod.

Nilai Islam diterapkan secara semula jadi melalui jalan cerita, adab, semangat bekerjasama dan penyelesaian masalah tanpa menjadikannya seperti sesi pembelajaran formal.

Animasi ini mengisahkan tiga watak utama iaitu Amir, Bena dan Camil yang membantu pelbagai individu daripada pelbagai profesion menyelesaikan cabaran harian.

Selain memperkenalkan kerjaya seperti anggota bomba dan doktor haiwan, siri ini turut mengetengahkan pekerjaan yang jarang diberi perhatian seperti penghantar bungkusan, pekerja kitar semula dan tukang cuci bagi memupuk rasa hormat terhadap setiap peranan dalam masyarakat.

Menariknya, Build-It Blocks dihasilkan sepenuhnya oleh bakat tempatan daripada pasukan yang sama di sebalik kejayaan Omar & Hana, siri animasi Islamik yang telah meraih lebih 12 bilion tontonan di YouTube.

Bersempena pelancarannya, Durioo turut menawarkan promosi langganan Durioo+ pada harga RM13 sebulan atau RM118 setahun, yang turut memberikan akses kepada lebih 25,000 kandungan mesra kanak-kanak serta bebas iklan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress