Durian Mungkin Jadi Bahan Penting Dalam Peranti Anda Pada Masa Depan

Bila sebut tentang Musang king, 101, xo, udang merah, anda yang gilakan durian pasti terbayang keenakan raja buah tersebut. Isi kuning, berlemak diselang-seli dengan rasa pahit membuatkan anda menelan air liur ketika ini.

Ada juga yang tidak menyukainya disebabkan bau kuat yang menusuk ke hidung. Namun pada masa hadapan, sebahagian yang tidak menyukainya mungkin akan berubah fikiran bagi mendapatkan bateri dengan pengecasan pantas lebih baik.

Kedengaran tidak masuk akal ya. Sebelum anda membayangkan kabel pengecas dicucuk pada sebiji Musang King, ini bagaimana durian dapat membantu kita pada masa hadapan dalam menguasakan peranti.

Menurut kajian saintifik oleh Vincent G. Gomes seorang profesor dari University of Sydney, beliau menyatakan biojisim yang diekstrak daripada buah durian dan nangka boleh diubah untuk menghasilkan superkapasitor yang boleh menyimpan tenaga dalam jumlah yang besar. Superkapasitor digunakan untuk penyimpanan serta penghantaran tenaga yang pantas dan dikatakan lebih baik berbanding bateri sedia ada oleh Popular Mechanics.

"The structural precision of natural biomass with their hierarchical pores, developed over millions of years of biological evolution, affords an outstanding resource as a template for the synthesis of carbon-based materials,"

Kapsyen: Kredit imej: University of Sydney


Penyelidikan itu mendapati ia berkesan adalah kerana mempunyai permukaan lebih luas, struktur mesoporous dan nitrogen intrinsik.

"The fibrous, fleshy portions of organic wastes with good mechanical stability were considered as candidate precursors compared to hard, dense ones. The waste fruit cores of durian (Durio zibethinus) and jackfruit (Artocarpus heterophyllus) were selected as candidates based on their structures and their prospect of intrinsic nitrogen doping."

Melalui kajian yang dilakukan ini, tidak mustahil pada masa hadapan kita akan melihat ia menggantikan bateri lithium ion yang sedia digunakan ketika ini. Untuk laporan penuh kajian boleh klik pada pautan ini - Aerogel from fruit biowaste produces ultracapacitors with high energy density and stability

Via: Popular Mechanics