Satu lagi pilihan kad storan tahan lasak selain Sony.
Manfrotto adalah sebuah jenama dari syarikat Itali yang sedia popular dengan barisan produk utamanya untuk penggambaran seperti tripod, lampu dan perkakasan penggambaran yang lain.
Tetapi syarikat itu juga kini turut mengeluarkan storan kad SD jenamanya sendiri menerusi Manfrotto Pro Rugged.
Manfrotto menyatakan bahawa storan kad SD Pro Rugged mereka adalah kad storan tahan lasak yang kalis air dan debu. Jadi, kad SD Manfrotto kini memberikan pilihan alternatif kepada pengguna yang mahukan kad SD tahan lasak selain dari Sony Tough.
Manfrotto mendakwa kad storan mereka adalah 3 kali lebih tahan lasak daripada kad storan biasa yang mana ia mampu menahan impak sekuat 36kg dan mampu menahan beban (dari dibengkok) sehingga 20kg.
Kad storan Manfrotto Pro Rugged ditawarkan dalam 3 format kad iaitu SD, CF dan microSD.
Dari segi prestasi pula, ketiga-tiga kad storan Manfrotto ini mampu mencapai bacaan dan menulis selaju 280/250Mbps (Manfrotto SD), 90/90Mbps (Manfrotto microSD) dan 160/130Mbps (Manfrotto CF).
Barisan kad storan Manfrotto ini sudah boleh dibeli menerusi laman rasmi mereka yang dijual pada harga istimewa iaitu dari USD31.99 (Manfrotto microSD 64GB), USD79.99 ( (Manfrotto Pro Rugged CF) dan USD57.50 ((Manfrotto Pro Rugged SD 64)
Sumber: PetaPixel
Berkaitan
- Intel Mengumumkan Storan Intel Optane DC Persistent Memory Generasi Kedua
- Kemas Kini Windows 10 May 2020 Menimbulkan Masalah Serius Pada Storan Intel Optane
- Hanya Guna Satu Pemacu USB, Seorang Bekas Pelajar Kolej Memusnahkan 66 Buah Komputer Dengan Nilai Kerosakkan Lebih USD 58,000
- Kad Grafik Radeon Baharu Penuhi Keperluan Pembangun AI
- PineTime, Jam Pintar Dari Pine64 Yang Hanya Akan Dijual Pada Harga USD25
- NortonLifeLock Membeli Avast Pada Nilai USD8 Bilion
- Rekaan Kad Nama University of Tokyo Menyerupai Papan Litar Elektronik
- Huawei Dibuang Dari Badan SD Association
- Komputer Riba Yang Penuh Dengan Perisian Hasad Dilelong Melebihi USD1.3 Juta
- Western Digital Perkenalkan 5 Storan Luar Terbaru WD Black Untuk Komputer Dan Konsol Permainan Video