Sebanyak 6 perisian hasad merbahaya ada di dalamnya.
Sebuah komputer riba telah dilelong pada harga USD1,345,000. Komputer riba tersebut yang dikenali sebagai “The Persistence of Chaos” merupakan sebuah komputer riba yang sangat merbahaya kerana di dalamnya terkandung 6 perisian hasad yang telah menyebabkan kerosakan kewangan keseluruhan sebanyak USD95 bilion.
6 Perisian hasad tersebut adalah virus ILOVEYOU, cacing MyDoom, trojan dan cacing SoBig, cacing crypto WannaCry, DarkTequila dan BlackEnergy.
Perisian- perisian hasad itu berada di dalam komputer riba jenama Samsung NC10 bersaiz 10.2″ yang menggunakan sistem operasi Windows XP SP3.
Komputer tersebut diasingkan daripada sebarang sambungan internet bagi mengelakkannya menyebarkan perisian hasad yang terkandung di dalamnya.
The Persistence of Chaos sebenarnya adalah satu bentuk seni yang dihasilkan oleh seorang artis kontemporari internet bernama Guo O Dong. Sebelum ini, beliau banyak menghasilkan karya-karya berbentuk kritikan terhadap budaya internet ekstrem pada masa kini.
Hasil karya ini juga merupakan kolaborasi antara beliau dengan pihak keselamatan siber Deep Instinct yang telah menyediakan perisian hasad untuk komputer tersebut serta memberikan khidmat kepakaran bagi memastikan proses kerja memasukkan perisian-perisian hasad tersebut dalam keadaan terkawal.
Jadi, jika anda berminat untuk membeli komputer riba ini, anda perlu mematuhi syarat ketat terma penjualannya:-
‘The sale of malware for operational purposes is illegal in the United States. As a buyer you recognize that this work represents a potential security hazard. By submitting a bid you agree and acknowledge that you’re purchasing this work as a piece of art or for academic reasons, and have no intention of disseminating any malware. Upon the conclusion of this auction and before the artwork is shipped, the computer’s internet capabilities and available ports will be functionally disabled.’
Jika komputer riba ini berjaya dijual, ia akan menjadi komputer peribadi paling mahal di dunia menewaskan komputer Apple 1 yang pernah dilelong pada harga USD905,00.00 pada tahun 2014 lalu.