Kemungkinan besar, tiada lagi slot kad SD pada peranti pintar Huawei akan datang.
Semenjak Huawei berdepan dengan isu penggantungan lesen Android oleh Google, satu persatu syarikat teknologi lain telah mula memutuskan hubungan mereka dengan syarikat gergasi telefon pintar China itu.
Sebelum ini, Microsoft telah menarik keluar komputer riba Huawei dari stor rasmi merkea. Panasonic turut dilaporkan menghentikan beberapa urusan perniagaan dengan Huawei. Begitu juga dengan pengeluar cip pemprosesan ARM turut memutuskan hubungan dengan Huawei.
Berita buruk kepada Huawei masih belum terhenti setakat itu sahaja. Kini dilaporkan pula, SD Association pula turut dilaporkan telah membuang Huawei dari senarai ahli persatuan tersebut.
Berikutan tindakan tersebut, Huawei mungkin tidak lagi akan boleh menggunakan teknologi SD pada produk mereka, termasuklah telefon pintar keluaran mereka.
SD Association merupakan persatuan yang bertanggungjawab membangun dan menetapkan standad bagi storan dan produk SD.
Nampaknya Huawei kini benar-benar berdepan dalam keadaan yang sangat sukar sekiranya keadaan ini terus berterusan.
Sumber: Gizchina
Berkaitan
- Huawei Dan Celcom Berkolaborasi Lancar RuralStar Pro Di Bera, Pahang
- Google Khabarnya Akan Guna Teknologi Huawei Dalam Android 13
- 2 Model Kad Grafik Terbaru AMD Radeon Ini Kini Di Pasaran Tempatan
- Google Menasihatkan Pengguna Telefon Pintar Huawei Supaya Tidak Memasang Aplikasi Google Secara Tidak Sah
- Asus Menawarkan Harga Istimewa Bagi 5 Kad Grafik ASUS GEFORCE Bermula 6 Mei Ini
- Huawei Tidak Lagi Menggunakan Komponen Dari A.S Dalam Produk Mereka
- Huawei Berdepan 1 Juta Serangan Siber Setiap Hari
- Dapatkan HUAWEI Band 8 Pada Harga Serendah RM149 Eksklusif Di Lazada
- JPN Dedahkan Taktik Penipuan Terkini Servis Kad Pengenalan
- Huawei Akan Membangunkan Rangkaian 5G Di Rusia