Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

PineTime, Jam Pintar Dari Pine64 Yang Hanya Akan Dijual Pada Harga USD25

Posted on September 16, 2019September 16, 2019

Masih dalam peringkat pembangunan.

Syarikat pembangun perkakasan dan perisian komputer serta peranti pintar berasaskan sistem Linux, Pine64 telah mengumumkan pembangunan peranti terbaru mereka iaitu jam pintar yang dikenali sebagai PineTime.

Apa yang menarik dengan jam pintar ini adalah ia dimaklumkan oleh pihak pembangunnya sendiri bahawa ia akan dijual pada harga sekitar USD25 sahaja.

Malah sistem operasinya juga dijalankan daripada perisian sumber terbuka berasaskan ARM Mbed  atau FreeRTOS (real time operating system).

Cuma pengguna jangan pula mengharapkan ia akan dilengkapi dengan spesifikasi berkuasa tinggi sepertimana jam pintar Apple Watch. Buat masa ini, pihak Pine64 hanaya memaklumkan yang peranti ini akan menyokong sambungan Bluetooth 5.0, sensor degupan jantung dan lain-lain.

Since there were questions regarding the body of the watch; yes, the watch body exists and is used by other manufacturers. We decide the internals + and customize the specs. Actual unit in picture below. Hope this clears things up. pic.twitter.com/DUiO6Ww8rI

— PINE64 (@thepine64) September 14, 2019

PineTime juga memaklumkan bahawa ketika ini projek pembangunan jam pintar mereka ini hanya sebagai projek sampingan. Jadi tidak dapat dipastikan bilakah mereka akan mula sedia menawarkan jam p[intar tersebut kepada pengguna.

Ketika ini Pine64 sedang sibuk dengan pembangunan model terbaru komputer riba mereka iaitu PineBook Pro dan telefon pintar PinePhone, yang bakal menjadi alternatif kepada sistem iOS dan Android.

Sumber: Pine64

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress