Drippler 3.0 Dilancar Dengan Penambahbaikan Terbesar





Semalam Drippler telah melancarkan aplikasi versi 3.0 yang boleh dimuat turun pengguna telefon pintar seluruh dunia. Buat pengetahuan semua, Drippler 3.0 kini dipaparkan pada Product Hunt, ruangan popular bagi syarikat startup melancarkan produk terbaru mereka.



Untuk kemaskini versi 3.0 ini, Drippler memperkenalkan servis chat berasaskan pembantu teknologi yang dikuasakan oleh kepintaran buatan (artificial intelligence), serta komuniti pakar teknologi yang akan membantu anda menyelesaikan semua masalah berkenaan telefon pintar anda.



Drippler merupakan sebuah aplikasi yang membantu pengguna telefon pintar dengan memberikan tips serta mengesyorkan aplikasi yang sesuai diguna. Kemaskini versi 3.0 ini merupakan penambahan terbesar bagi aplikasi ini yang telah membantu jutaan pengguna Android dan iOS seluruh dunia.













Sumber: Drippler.com