Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri Instagram Live Dinaik Taraf, Tambah Rakan Ketika Bersiaran Langsung

Ciri Instagram Live Dinaik Taraf, Tambah Rakan Ketika Bersiaran Langsung

Diterbitkan Ogos 12, 2017 ยท Dikemas kini September 21, 2017 oleh Helmi Samsuri

Ciri Instagram Live merupakan satu fungsi perkongsian video secara siaran langsung yang telah diperkenalkan platform media sosial itu November 2016 yang lepas.

Bermula minggu yang lalu, Instagram telah mengumumkan satu fungsi baru pada ciri Live tersebut iaitu sokongan menambah rakan ketika sedang bersiaran langsung.

Sebelum ini ciri Live hanya menyiarkan siaran langsung terhad kepada satu pengguna akaun sahaja , tetapi dengan adanya fungsi menambah rakan ini…

  • anda boleh menambah pengguna akaun lain untuk bersiaran langsung secara mudah pada bila-bila masa sahaja, dan
  • gantikan dengan rakan yang lain (satu siaran langsung hanya menyokong dua orang sahaja).

Untuk makluman semua, sokongan menambah rakan untuk bersiaran langsung ini masih lagi dalam peringkat ujian dan ia dijalankan pada sebilangan kecil pengguna.

Dijadualkan kemaskini ciri ini bakal menemui pengguna seluruh dunia dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.

Sumber: Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY