Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek

Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek Dilantik Sebagai Pengerusi SKMM Yang Baharu

Diterbitkan Jun 11, 2020 · Dikemas kini Jun 11, 2020 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini dipimpin oleh  Yang Berusaha Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek selepas beliau dilantik sebagai Pengerusi SKMM yang baharu bagi tempoh selama dua 2 tahun berkuat kuasa pada 10Jun 2020.

Dr. Fadhlullah mengambil alih kepimpinan SKMM daripada Encik Al-Ishsal Ishak yang menerajui Suruhanjaya itu sejak 1 Oktober 2018 lalu.

Dr. Fadhlullah yang berpengalaman selama 20 tahun dalam sektor telekomunikasi juga pernah berkhidmat di SKMM sebagai anggota Suruhanjaya serta sebagai Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian, Pemantauan Media Baharu, Pematuhan dan Advokasi.

Sebelum pelantikannya sebagai Pengerusi SKMM, Dr. Fadhlullah berkhidmat sebagai Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Perdana.

Jadi dengan pengalaman luas yang dimiliki Dr. Fadhlullah dalam sektor telekomunikasi, diharapkan beliau akan dapat mengukuhkan lagi peranan dan prestasi Suruhanjaya itu dalam memastikan agenda-agenda seperti meningkatkan liputan infrastruktur jalur lebar, kualiti perkhidmatan telekomunikasi talian tetap dan mudah alih, penyiaran, perkhidmatan pos dan kurier, serta persediaan ke arah 5G dan urus tadbir, dapat dilaksanakan bagi memacu industri telekomunikasi dan multimedia negara.

SKMM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Al-Ishsal Ishak atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang tempoh menerajui SKMM.

Tahniah diucapkan kepada Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dari Wiser atas pelantikan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
©2026 WISER.MY