Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Download Bomb” Kembali Menyerang Google Chrome

“Download Bomb” Kembali Menyerang Google Chrome

Diterbitkan Julai 4, 2018 ยท Dikemas kini Julai 4, 2018 oleh Helmi Samsuri

Awal tahun ini, Google Chrome terdedah kepada pepijat yang mendedahkah pelayar internet itu kepada serangan “download bomb”.

Apabila pelayar internet terkesan dengannya, aktiviti muat turun akan berlaku secara tiba-tiba dan berterusan serta boleh menyebabkan pelayar terus terhenti.

Teknik ini kerap digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk memerangkap mangsa supaya mendail nombor yang tertera pada pelayar, kononnya untuk membuka semula paparan yang telah kaku tersebut.

“Download Bomb” Kembali Menyerang Google Chrome

Masalah tersebut sudah diatasi oleh Google melalui kemaskini Chrome 65 yang dikeluarkan pada Mac 2018 lalu, tetapi nampaknya kini ia kembali menyerang bukan sahaja pada Chrome malah pada beberapa pelayar lain seperti Firefox, Vilvadi, Opera, dan Brave.

Kemaskini Chrome 67 ibarat membuka semula ruang untuk “download bomb” dan menurut laman Bleeping Computer, ujian telah dijalankan dan Microsoft Edge serta Internet Explorer tidak terjejas.

Berkemungkinan masalah ini akan dapat diselesaikan menerusi kemaskini Chrome 68 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY