Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G malaysia__

DNB, TM Dan ZTE Perkenal Ujian 5G mmWave Terpantas Dunia

Diterbitkan Oktober 18, 2023 oleh Amalina Athman

Digital Nasional Berhad (DNB), TM dan ZTE Corporation (ZTE) telah membentuk kerjasama untuk memperkenal ujian langsung 5G terpantas di dunia, dengan kelajuan sehingga 28Gbps. Sekali gus, dapat membentuk semula landskap digital negara dan menetapkan standard global baharu dalam komunikasi tanpa wayar.

Berkaitan

  • 5G CelcomDigi Kuasakan Gudang AI Pertama Di Malaysia
  • Belanjawan 2024: RM60 Juta Peruntukan Untuk Keselamatan Siber 5G
  • 50% Kawasan Luar Bandar Dijangka Dapat 5G Pada Pertengahan 2024

Melalui kerjasama itu, ia akan menggunakan infrastruktur rangkaian dan kepakaran digital TM, serta teknologi antena mmWave terkini dan teknologi cip daripada  ZTE. Kemudahan tersebut akan memberikan teras 5G Standalone (5G SA) pertama di Malaysia, dilengkapi rangkaian pengangkutan terkini yang boleh disesuaikan.

Seterusnya, dapat menggalakkan produktiviti dan kecekapan operasi, meningkatkan kepuasan pelanggan dan menjana permintaan yang lebih tinggi merentasi semua sektor.

Selain itu, ia juga akan meningkatkan sambungan Capaian Wayarles Tetap (FWA) untuk menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi, penstriman video, permainan dalam talian tanpa lag serta aplikasi VR dan AR yang lebih baik.

Sumber: TM News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY