Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI ACTION 3

DJI Umum Osmo Action 3, Bateri Tahan Lebih Lama

Diterbitkan September 15, 2022 oleh Amalina Athman

DJI kini mengumumkan generasi ketiga dalam siri Osmo iaitu Osmo Action 3, sebagai pengganti kepada Action 2. DJI Osmo Action 3 menggunakan tetapan kamera hampir sama seperti Action 2, namun tidak lagi hadir dengan kamera modular.

DJI Umum Osmo Action 3, Bateri Tahan Lebih Lama

Osmo Action 3 dimuatkan sensor 12MP 1/1.7 di sebalik lensa 155° f/2.8. Mod rakaman video hadir seperti sebelumnya dengan 4K/120fps (16:9) atau pada 60fps (4:3), 1080p/240fps (16:9) serta sehingga 4x zum digital untuk foto dan rakaman video. Ia juga menyokong rakaman berterusan sehingga 150 minit bagi suhu serendah -20° C.

Berkaitan

  • DJI Action 2 - Pesaing Terbaik GoPro

Antara naik taraf pada model kali ini adalah RockSteady 3.0 dengan penstabilan imej elektronik, di mana ia menyokong sehinga 4K/120fps serta sokongan HorizonSteady yang terhad kepada 2.7K/60fps. Terdapat mod HorizonBalancing baharu yang boleh membetulkan kecondongan sehingga 45° dan berfungsi sehingga 4K/60fps.

Pada bahagian bateri didatangkan dengan kapasiti 1,770mAh yang mampu bertahan sehingga 160 minit. Ia turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas. Dari segi sokongan kalis air, ia menyokong sehingga 16 meter tanpa sarung pelindung dan sehingga 60 meter dengan sarung pelindung.

Untuk audio, Osmo Action 3 mempunyai 3 mikrofon secara terbina dan boleh memasang mikrofon tambahan. Antara lainnya adalah sokongan kamera web yang boleh digunakan untuk penstriman langsung serta kad microSD sehingga 256GB.

DJI Umum Osmo Action 3, Bateri Tahan Lebih Lama

DJI Osmo Action dijual pada harga bermula $329 (~RM1489). Buat masa ini, belum lagi diketahui bila ia akan tersedia untuk pasaran tempatan.

Sumber: DJI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY