Jika anda sedang mencari camera yang tahan lasak,Dji Action 2 merupakan alternatif terbaik untuk anda. Kalau dulu, GoPro mendominasi pasaran kamera aksi, namun tidak lagi sekarang. Jadi hari ini kita akan lihat serba sedikit kemampuan yang disajikan oleh DJI Action 2 ini.
DJI Action 2 hadir dengan dua paparan skrin, satu di bahagian kamera, satu lagi di bahagian bateri. Kedua-dua skrin tersebut menggunakan paparan sesentuh jenis OLED. Dari segi kamera pula, kamera tahan lasak ‘comel’ ini mampu merakam pada kadar resolusi 4k 120 fps. Lensa yang digunakan pula adalah 12 MP.
Rupa parasnya dari luar nampak premium dan bergaya. Bukan itu sahaja, kamera ini diperbuat daripada besi dan dijanjikan mampu bertahan untuk aktiviti lasak. Untuk pengetahuan semua, kamera ini terbahagi kepada dua bahagian dimana penyambungan antara kedua peranti ini bersifat magnetik serta klip, mudah untuk dibawa kemana sahaja.
Kombinasi sambungan magnet+klip untuk peranti ini sangat kuat dan tidak mudah tercabut. Jadi kebarangkalian untuk kedua skrin kamera ini tertanggal sangat lah rendah.
Video kualiti untuk Dji Action 2 ini saya boleh katakan sangat baik. Hal ini kerana, video yang dihasilkan sangat jelas dan tajam. Bukan itu sahaja, Warna nya juga sangat tepat dan terang. Tidak hairanlah kenapa kamera ini dijual pada harga RM2499, ini adalah kerana kualiti video dan gambarnya sangat baik.
Dari segi saiz, kamera aksi ini boleh di katakan lebih kecil daripada pesaingnya iaitu GoPro. Jadi, jika anda merupakan seorang pengembara atau pun backpackers, kamera ini sangat sesuai untuk anda.
Namun begitu, kualiti kamera sahaja tidak cukup untuk sesebuah kamera aksi. Kualiti audio juga memainkan peranan yang sangat penting untuk sesebuah kamera aksi. Apa yang saya boleh katakan tentang audio untuk DJI Action 2 ini adalah ianya berada di kelasnya yang tersediri.
Ini adalah kerana kualiti audionya sangat jelas dan baik, tidak kira sama ada rakaman dilakukan di dalam air mahupun di darat.
Kapasiti bateri untuk kamera ini adalah 580 mAh dan ianya mampu bertahan selama 2 jam dengan rakaman resolusi 1080p/30 fps. Jika anda membuat rakaman dengan resolusi 4k/60fps, bateri kamera ini mampu bertahan selama 1 jam. Saya boleh sifatkan prestasi bateri ditahap yang bagus.
Di atas ini saya sediakan contoh gambar diambil menggunakan DJI Action 2. Dari segi kualiti gambar, saya sangat kagum dengan kualiti gambar yang dihasilkan oleh kamera ini. Warna untuk gambar yang dihasilkan pula sangat terang.
Ditambah pula tona warna untuk gambar yang dihasilkan sangat baik. Kontras dan shadow yang dihasilkan pun sangat baik. Dengan adanya penstabilan elektronik, dan kualiti audio yang sangat baik. saya boleh katakan DJI Action 2 adalah kamera aksi yang paling terbaik untuk tahun 2021.