Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Perkenalkan Peranti Gogel FPV Dengan Sistem Digital

DJI Perkenalkan Peranti Gogel FPV Dengan Sistem Digital

Diterbitkan Ogos 2, 2019 · Dikemas kini Ogos 2, 2019 oleh ariff bukhari

Rasai perlumbaan dron yang lebih menakjubkan dengan memakai Gogel DJI Digital FPV.

DJI, pengeluar dron terkemuka telah memperkenalkan sebuah lagi produk berteknologi tinggi yang khusus untuk digunakan dalam permainan perlumbaan dron.

Gogel DJI Digital FPV (First Person Viewing) merupakan peranti transmisi termaju yang menghubungkan antara dron dan peranti FPV dengan memberikan paparan video HD yang jelas, masa pendam (letancy) yang rendah dan menyokong capaian sejauh 2.5 batu (lebih dari 4 kilometer).

“As drone racing grows in popularity, FPV racers are looking for the next technology to keep up with their demands. The new DJI FPV System was designed using our vast experience creating aerial and ground transmission systems and offers technology truly unique to the market” Ferdinand Wolf, Pengarah Kreatif DJI Eropah.

DJI Digital FPV juga adalah satu-satunya peranti FPV yang menyokong trasmisi video digital yang ada dipasaran untuk pengguna ketika ini sebagai alternatif kepada peranti FPV analaog.

DJI Perkenalkan Peranti Gogel FPV Dengan Sistem Digital
Perbandingan kualiti video antara FPV digital dari DJI dan FPV analog.

Bagi peranti gogel DJI Digital FPV sahaja, ia berharga USD529.00. Harga pakej kombo pula terdapat 2 pilihan iaitu FPV Experience Combo berharga USD819.00 dan FPV Fly More Combo berharga USD929.00.

Pakej FPV Experience Combo disertakan bersama gogel Digital FPV, 2 kamera FPV dan Air Units wayar dan antena. Manakala bagi pakej belian FPV Fly More Combo didatangkan bersama gogel Digital FPV, Air Unit, kamera FPV, alat kawalan jauh serta wayar dan antena.

Untuk info lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan ini, sila layari laman sesawang DJI FPV.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY