Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Melancarkan Model Gimbal Terbaru Ronin-SC Untuk Kamera ‘Mirrorless’

DJI Melancarkan Model Gimbal Terbaru Ronin-SC Untuk Kamera ‘Mirrorless’

Diterbitkan Julai 21, 2019 oleh ariff bukhari

Challenge Accepted.

Pada Khamis lalu, DJI telah pun secara rasminya mengumumkan model terbaru gimbal khusus untuk kamera ‘mirrorless‘.

Gimbal yang hanya seberat 1.1kg ini dipanggil sebagai Ronin-SC. Ronin-SC adalah gimbal yang lebih ringan dan lebih padat dengan ciri-ciri baru berbanding model Ronin-S.

Motor pada Ronin-SC juga mampu menampung berat kamera sehingga 2kg dan bateri terbina dalamnya dengan ciri bateri pintar membolehkan pengguna mengoperasikan gimbal tersebut sehingga 11 jam.

Antara ciri terbaru yang ada pada Ronin-SC adalah mod ‘sport‘ di mana apabila ia diaktifkan, gimbal tersebut akan mengikuti pergerakan jurukamera dengan lebih pantas dan cekap yang amat membantu bagi merakam pergerakan yang pantas.

Ronin-SC boleh dipadankan bersama kamera Sony, Nikon, Canon, Panasonic dan Fujifilm. Manakala senarai penuh model-model kamera dari jenama-jenama tersebut yang menyokong Ronin-SC pula boleh didapati di laman DJI.

Terdapat 2 pakej ditawarkan pada Ronin-SC iaitu Ronin-SC Standard yang berharga USD439 (RM1,490.00) dan Ronin-SC Pro Combo berharga USD539 (RM1,990.00). Versi kombonya itu dilengkapi dengan alat kawalan focus wheel beserta external focus motor dan juga Remote Start Stop (RSS) Splitter.

Untuk info lanjut, sila layari laman DJI.com.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY