https://www.youtube.com/watch?v=IwoyGb-NWDs
Rekaan
Dari segi rekaan, DJI Mavic Air 2 kali ini sedikit lebih berat pada 570 gram. Jika dilipat sepenuhnya, dimensi keseluruhan adalah lebih besar berbanding Mavic Air. Namun peningkatan saiz dan berat adalah diperlukan kerana kali ini bateri yang dimuatkan adalah lebih besar.
- Mavic Air - 168 x 83 x 49 mm (Dilipat)
- Mavic Air 2 - 180 x 97 x 84 mm (Dilipat)
- Mavic Air - 430g
- Mavic Air 2 - 570g
Kamera
Perbezaan besar lain adalah datangnya dari kamera yang digunakan. Mavic Air 2 mempunyai sensor kamera lebih besar dan juga 48MP yang lebih tinggi.
Pengguna boleh memilih untuk menghasilkan gambar 48MP, namun secara tetapan lalai DJI menggunakan teknologi seumpama peranti pintar 'pixel binning'. Ia menggabungkan 4 pixel kepada 1 pixel besar menjadikan keseluruhannya 12 MP.
Terdapat juga peningkatan kemampuan lain seperti keupayaan merekod 4K pada 60fps serta rakaman gerak perlahan 1080p pada 240fps.
- Mavic Air - Sensor CMOS 12MP 1/2.3"
- Mavic Air 2 - Sensor CMOS48MP 1/2"
- Mavic Air - 4K 30fps, 1080p 120fps
- Mavic Air 2 - 4K 60fps, 1080p 240fps
Teknologi
Kedua-dua dron mempunyai sensor untuk mengelak halangan pada bahagian hadapan dan belakang. Namun pada Mavic Air 2, ia mempunyai sensor depth yang lebih tepat dalam mengesan jarak terbang dari tanah.
Mavic Air 2 juga mempunyai sistem APAS 3.0. Dengan ini, dron boleh mengubah laluan secara automatik dan terbang di sebalik halangan.
Bateri dan Prestasi
Bateri Mavic Air 2 adalah jauh lebih besar berbanding Mavic Air. Ia kini dimuatkan dengan kapasiti bateri 3,500mAh berbanding 2,375mAh pada Mavic Air pertama.
Jika dilihat dari prestasi penerbangan, Mavic Air 2 mampu terbang selama 34 minit. Ia merupakan peningkatan besar berbanding Mavic Air yang hanya mampu terbang selama 21 minit sahaja.
Walau bagaimanapun kedua-dua model dron mempunyai kelajuan yang sama iaitu sekitar 68KM/h.
- Mavic Air - 2,375mAh
- Mavic Air 2 - 3,500mAh
- Mavic Air - Penerbangan 21 minit
- Mavic Air 2 - Penerbangan 34 minit
- Kelajuan - 68.4KM/h (Kedua-duanya)
Harga Jualan
Walaupun dengan peningkatan spesifikasi serta keupayaan kamera yang lebih baik, Mavic Air 2 terbaharu ini dijual pada harga yang sama dengan Mavic Air ketika pelancarannya.
Di AS, ia dipasarkan pada harga $799 (~RM3,492) dalam satu pilihan warna sahaja iaitu kelabu.
Sumber: DJI
Berkaitan
- Nonfungible Tokens (NFT) - Apabila 1 Gambar JPEG Terjual Pada Nilai RM284 Juta
- Sony Juga Menarik Diri Dari Acara MWC 2020 Disebabkan Wabak Koronavirus
- Cas iPhone 12 Gunakan Lightning Dan MagSafe Secara Serentak, Adakah Lagi Cepat Penuh?
- Astro Lanjutkan Tontonan Saluran Percuma Sehingga 14 April 2020
- Taman Tema Super Nintendo World Di Jepun Bakal Dibuka Secara Rasmi Pada Februari 2021
- Snapdragon 865 Diumumkan - Cip Kelas Flagship Tahun 2020, Tapi Tiada Modem 5G Terbina
- Pengguna Malaysia Mungkin Perlu Tunggu Lama Untuk Rasa Xiaomi 12
- realme 7 5G Diperkenalkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 800U, Skrin LCD 120Hz, Dan Bateri 5,000mAh
- Foxconn Dan Thailand Melabur $1 Bilion Untuk Pengeluaran Kereta Elektrik Pada 2024
- Tak Sampai 2 Bulan Di Pasaran, MacBook Pro 2021 Ada Masalah Kad SD Tak Berfungsi