Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
facebook Meta

Log Masuk Akaun Facebook Mungkin Perlu Imbasan Wajah, Pulih Akaun Terjejas Lebih Cepat

Diterbitkan Oktober 22, 2024 · Dikemas kini Oktober 22, 2024 oleh ariff bukhari

Sebagai usaha berterusan melindungi penggunanya, Meta memaklumkan bahawa mereka sedang menguji penggunaan teknologi pengecaman wajah untuk membantu melindungi pengguna daripada iklan palsu serta mempercepatkan pemulihan akaun media sosial pengguna.

Meta berkata, scammer sering cuba menggunakan imej tokoh awam, seperti pencipta kandungan atau selebriti, untuk memancing orang ramai supaya terlibat dengan iklan yang membawa kepada tapak web penipuan, di mana mereka diminta berkongsi maklumat peribadi atau menghantar wang.

Skim ini, biasanya dipanggil “umpan selebriti” yang melanggar dasar Meta.

“Kami sedang menguji cara baharu untuk mengesan penipuan menggunakan imej selebriti.”

Meta menjelaskan, jika sistem mengesyaki iklan mungkin penipuan yang melibatkan imej selebriti, platform Meta akan menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk membandingkan wajah dalam iklan dengan gambar profil selebriti di Facebook dan Instagram.

Jika sepadan dan disahkan sebagai penipuan, iklan tersebut akan disekat.

Log Masuk Akaun Facebook Mungkin Perlu Imbasan Wajah, Pulih Akaun Terjejas Lebih Cepat

Meta juga memaklumkan sedang menambah lapisan pertahanan baharu dengan menggunakan pengecaman wajah untuk membandingkan gambar profil akaun yang mencurigakan dengan gambar profil selebriti di Facebook dan Instagram yang akan tidak lama lagi.

Selain itu, Meta turut memberitahu bahawa mereka kini sedang menguji swafoto video sebagai cara untuk orang ramai mengesahkan identiti  dan mendapatkan semula akses kepada akaun yang terjejas.

“Pengguna akan memuat naik swafoto video dan kami akan menggunakan teknologi pengecaman muka untuk membandingkan swafoto dengan gambar profil pada akaun yang mereka cuba akses. Ini serupa dengan alat pengesahan identiti yang mungkin sudah anda gunakan untuk membuka kunci telefon anda atau mengakses aplikasi lain.”

 

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Siri Xiaomi 15 Peranti Pertama Dikuasakan Snapdragon 8 Elite
  • YouTube Siasat Isu Pengguna Premium Masih Lihat Paparan Iklan

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY