Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
The Walt Disney Company and Miral Announce Plans for Disney Theme Park and Resort on Yas Island, Abu Dhabi

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Diterbitkan Mei 8, 2025 ยท Dikemas kini Mei 8, 2025 oleh Amalina Athman

Peminat Disneyland bakal berpeluang mengunjungi destinasi baharu dalam beberapa tahun lagi, apabila The Walt Disney Company mengumumkan rancangan untuk membuka taman tema dan resort baharu di Pulau Yas, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ini akan menjadi resort taman tema Disney yang ketujuh, dengan keseluruhan pembangunan serta pembinaan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Miral.

Disney bersama pasukan Imagineers akan mengetuai reka bentuk kreatif dan pemantauan operasi untuk memastikan pengalaman yang ditawarkan selaras dengan piawaian jenama Disney.

The Walt Disney Company and Miral Announce Plans for Disney Theme Park and Resort on Yas Island, Abu Dhabi
The Walt Disney Company and Miral Announce Plans for Disney Theme Park and Resort on Yas Island, Abu Dhabi
Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Setelah siap, resort tepi laut ini akan menawarkan cerita, watak dan tarikan ikonik Disney dengan gabungan elemen futuristik dan budaya Abu Dhabi.

Sementara itu, CEO Disney Bob Iger berkata kepada CNBC bahawa pasukannya telah memulakan reka bentuk taman tema tersebut, tetapi tidak memberikan sebarang jangkaan tarikh pembukaan.

“Kami belum menetapkan tarikh lagi,” katanya. “Biasanya ia mengambil masa antara 18 bulan hingga dua tahun untuk mereka bentuk dan membangunkan sepenuhnya, dan kira-kira lima tahun untuk membina, tetapi kami tidak membuat sebarang komitmen buat masa ini.”

Setakat ini, Disney memiliki 12 taman tema yang terletak di 6 resort di seluruh dunia: Disneyland Resort di California (Amerika Syarikat), Walt Disney World Resort di Florida (Amerika Syarikat), Tokyo Disney Resort (Jepun), Disneyland Paris (Perancis), Hong Kong Disneyland Resort (Pulau Lantau), dan Shanghai Disney Resort (China).

Berkaitan

  • Walaupun Dikritik, Arab Saudi Teruskan Projek Bangunan Bentuk Kiub Gergasi
  • Fenomena Unik Bolehkan 'Pak Arab' Main 'Jet Ski' Di Tengah Padang Pasir
  • Kelajuan Hampir Supersonik, Jet Perniagaan Terpantas Di Dunia Ini Mula Terbang Separuh Kedua 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY