Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Diskaun Sehingga 50% Untuk Saman Trafik Minggu Ini

Diskaun Sehingga 50% Untuk Saman Trafik Minggu Ini

Diterbitkan Disember 5, 2023 oleh Amal Addin

Kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung pelaksanaan pengurangan kompaun saman trafik sebanyak 50% sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bermula 8 hingga 10 Disember 2023 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, menerangkan bahawa tawaran pengurangan kompaun tersebut terkecuali bagi kesalahan lalu lintas 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun. 

Beliau turut menambah, pembayaran kompaun hanya boleh dilakukan di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. Waktunya bermula 9 pagi hingga 4 petang untuk 8 Disember (Jumaat) dan dari 9 pagi hingga 6 petang untuk 9 dan 10 Disember (Sabtu dan Ahad).

Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan awal saman yang dimiliki terlebih dahulu melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM sebelum hadir ke kaunter bayaran saman. Tujuannya adalah untuk meminimumkan kesesakan serta mempermudahkan proses pembayaran saman.

Berkaitan

  • Elak Kongsi Maklumat Operasi SJR Di Aplikasi Waze, Boleh Jejas Penguatkuasaan - Polis
  • Polis Guna MCOPS Untuk Semak Lesen Dan Cukai Jalan, Jamin 'Road Block' Tak Sesak
  • Tiada Elemen Risiko Jika Beri Nombor Akaun Bank Semata-Mata - Polis
  • Individu Dipercayai Pengendali Akaun FB 'Flat Earth Malaysia' Ditangkap Polis Kerana Cenderung Menghasut
  • Polis New York Kini Guna Polis Robot Untuk Perangi Jenayah

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY