Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Remaja 15 Tahun Antara Ditangkap Guna Fail APK Untuk ‘Scam’

Individu Dipercayai Pengendali Akaun FB ‘Flat Earth Malaysia’ Ditangkap Polis Kerana Cenderung Menghasut

Diterbitkan September 1, 2023 · Dikemas kini September 1, 2023 oleh ariff bukhari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihak mereka telah menangkap 2 lelaki kerana telah memuat naik hantaran berkecenderungan menghasut bagi menghina atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap institusi Diraja.

Suspek pertama warga tempatan yang dipercayai pemilik/pengendali akaun ‘Facebook Flat Earth Malaysia’, berumur 41 telah ditangkap di Kampung Sungai Kati, Ipoh susulan hantaran berbaur menghina institusi diraja Johor.

Suspek kedua yang juga warga tempatan dipercayai pemilik /pengendali akaun ‘Facebook Imam Mustaqim’, berumur 47 tahun pula ditangkap kerana disyaki memuat naik hantaran mengandungi kenyataan menghina Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Langkap, Perak.

Kedua-dua suspek dibenarkan ditahan reman selama 3 hari bermula dari 31 Ogos hingga 2 Sptember 2023 di bawah Seksyen 117, Kanun Tatacara Jenayah.

Kes pula disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di bawah Seksyen, 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Polis dalam kenyataan sama mengingatkan orang awam untuk elakkan daripada mengeluarkan kenyatan melibatkan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja).

Berkaitan

  • Tiada Elemen Risiko Jika Beri Nombor Akaun Bank Semata-Mata - Polis
  • Jom Semak Kelajuan Internet Starlink Di Kawasan Anda, Ini Caranya
  • Tesla Model 3 Kini Dijual Di Malaysia Serendah RM189,000

Sumber: PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY