Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Mengumumkan Elektrik Percuma Selama 3 Bulan

Diskaun Bil Elektrik Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Diterbitkan Julai 2, 2020 oleh ariff bukhari

Bermula dari 1 Oktober ini.

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa pemberian diskaun bil elektrik untuk pengguna domestik akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Ia dimaklumkan oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Shamsul Anuar Nasarah hari ini dalam satu sidang media.

Beliau berkata, seramai 7.66 juta pengguna domestik di semenanjung akan terus menikmati diskaun bil elektrik di antara 2 hingga 50 peratus dari 1 Okt 2020 sehingga 31 Dis 2020.

Ia adalah lanjutan kepada diskaun elektrik yang diumumkan 27 Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Malah lanjutan diskaun ini juga turut terpakai bagi pengguna elektrik dengan penggunaan di antara 601 hingga 900kWj yang mula mendapat diskaun 10 peratus di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang diumumkan kerajaan pada 20 Jun lalu.

Pengguna domestik di Sabah dan Sarawak pula akan terus menerima diskaun bil elektrik sebanyak 2% sehingga 31 Dis 2020 yang akan memberikan manfaat kepada 520,000 orang di Sabah dan 580,000 orang di Sarawak.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY