Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DirectD Tawar Bayaran Balik Bagi Peranti Huawei Yang Tidak Dapat Jalankan Aplikasi Google

DirectD Tawar Bayaran Balik Bagi Peranti Huawei Yang Tidak Dapat Jalankan Aplikasi Google

Diterbitkan Jun 24, 2019 oleh Helmi Samsuri

Ditengah-tengah ketegangan yang berlaku antara Huawei dan kerajaan Amerika Syarikat ekoran sekatan perdagangan, DirectD, salah satu penjual peranti popular tempatan telah mengumumkan tawaran menarik.

Pengumuman yang dibuat melalui laman sosial DirectD itu menyatakan, sekiranya mana-mana peranti Huawei yang tidak dapat menjalankan aplikasi Google (masih dalam tempoh waranti), bayaran balik 100% akan dibuat kepada pembeli.


Selain daripada itu, turut disenaraikan adalah aplikasi media sosial popular lain seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp

Tawaran pengembalian wang pembelian ini juga dilihat sama seperti yang dilakukan oleh Huawei di Filipina yang seperti dilaporkan sebelum ini. Walaupunbegitu, tawaran ini nampaknya hanya melibatkan peranti Huawei yang hanya dibeli dari DirectD sahaja. Walaupun begitu, kita perlu menungggu adakah Huawei Malaysia akan menggunakan kaedah sama untuk pengedar lain ataupun tidak.

Ia memperlihatkan keyakinan DirectD walaupun isu ini sememangnya hangat diperkatakan sebulan dua ini dan ia sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada bakal pembeli yang merancang untuk mendapatkannya dari DirectD.

Via: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY