Pulangan Wang Penuh Dari Huawei Bagi Peranti Yang Gagal Jalankan Aplikasi Android Di Filipina

Isu 'peperangan' syarikat dari China, Huawei dengan kerajaan Amerika Syarikat yang membuatkan pengguna masih tertanya-tanya dengan apa yang akan berlaku dimasa depan. Lanjutan daripada itu, bagi meredakan keresahan pengguna, Huawei di Filipina telah mengumumkan program bayaran balik untuk pengguna.

Bayaran balik wang pembelian itu dibuat sekiranya terdapat sebarang peranti Huawei tidak dapat menjalankan aplikasi Google seperti Google PlayStore, Gmail dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun program ini hanya terdapat di Filipina sahaja.



Peranti-peranti yang dimasukkan di dalam senarai bagi program itu adalah seperti berikut:

Huawei P30/P30 Pro/P30 Lite, Mate 20/20 Pro/20 RS, P20/P20 Lite/P20 Pro, Nova 3/3i, Nova 2 Lite, Y Max, Y9 Prime 2019 , Y9 2019, Y7 Pro 2019, Y6 Pro 2019, Y6 Pro 2019, Y6 2018, Y5 2019, Y5 Lite 2018, M5 Lite 10, M5 Lite 8, M3 Lite 8, T5 10 and T3 7.

Ini juga adalah satu cara dari pihak Huawei dalam mengekalkan hubungan antara pelanggan.

Baca lagi - Huawei Telah Meningkatkan Kedudukannya Di Dalam BRANDZ RANKING 2019

- Huawei Jalankan Ujian EMUI 10 Android Q Keatas 11 Model Mereka

Sumber: Giz China, BGR