Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Diperkenalkan ‘Pac’, Matawang Kripto Terbaru Dari Jaguh Tinju Filipina

Diperkenalkan ‘Pac’, Matawang Kripto Terbaru Dari Jaguh Tinju Filipina

Diterbitkan September 3, 2019 ยท Dikemas kini September 3, 2019 oleh ariff bukhari

Didakwa sebagai matawang kripto pertama selebriti.

Juara dan legenda tinju dari Filipina, Manny Pacquiao telah melancarkan mata wang kripto beliau di sebuah konsert percuma di Manila. Ia diumumkan dalam satu konsert percuma yang diadakan di Manila dengan disaksikan oleh lebih daripada 2,000 peminat beliau.

Petinju berusia 40 tahun yang baru sahaja muncul sebagai juara tinju menerusi Kejohanan Welterweight Super WBA pada Julai lalu berharap matawang digital kripto yang dikenali sebagai ‘Pac’ itu akan membolehkan para peminatnya membeli barang yang dijual olehnya selain berinteraksi dengannya di media sosial.

Mata wang maya Pac tersebut akan tersenarai di Global Crypto Offering Exchange (GCOX) Singapura yang turut menamakan bekas bintang kelab Liverpool, Michael Owen sebagai pelabur swasta bersama kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khaled Zayed al-Nahyan.

Manny Pacquiao dilihat mengembangkan kariernya dalam pelbagai bidang, tidak terhad hanya dalam sukan tinju sahaja. Beliau yang sudah pun menjadi senator Filipina kini sudah pun tuirut bergelar penyanyi dan menerbitkan album sulungnya yang sedang laris di pasaran muzik Filipina.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY